Rama-rama gajah
Rama-rama gajah

Rama-rama gajah

Rama-rama gajah (turut disebut kupu-kupu gajah);[1] dengan nama saintifik Attacus atlas ialah rerama saturniid besar yang endermik dari hutan Asia. Spesiesnya diterangkan oleh Carl Linnaeus dalam Systema Naturae keluaran kesepuluhnya pada 1758.Rama-rama gajah salah satu lepidoptera terbesar, dengan rentang sayap berukuran lebih 24 cm (9.4 in)[2] dan kawasan permukaan sayap sekitar 160 cm2 (≈25 in2).[3] Ia langsung mengatasi rentang sayap bagi Thysania agrippina dan Attacus caesar,[2] dan kawasan permukaan sayap rerama Hercules (Coscinocera hercules). Seperti kebanyakan rerama sutera, si betina tampaknya lebih besar dan lebih berat berbanding si jantan, sedangkan si jantan ada sesungut yang lebih lebar.[4][5][6]